♔positif hadapi ujian ALLAH...♔
Sunday, 13 January 2013 | 19:47 | 0 love drops
1. BERSABAR
bersabar ketika ditimpa musibah seperti sabda Rasulullah  SAW yang bermaksud: "sesungguhnya sabar adalah  pada kejutan  pertama musibah berlaku."(riwayat bukhari).dalam hadis yang lain ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:Allah berfirman  dalam hadis qudsi,bahawasanya; Tiada balasan  bagi seseorang  hamba-ku yang telah aku ambil kembali kekasihnya,kemudian orang itu mengharap pahala daripadaKu melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga".(riwayat bukhari).

2. MENGUCAP 'INNALILLAHI WA INNAILAIHI RAJIUN'
mengucap 'innalillahi wa innailaihi rajiun' dalam sebarang musibah yang berlaku yang merujuk kepada kehendak dan ketentuan Allah SWT.kita hendaklah bersabar ketika menghadapi ujian kerana semua makhluk adalah milik Allah,malah kita dinasihatkan  untuk berkata:" sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali"(maksud surah al-baqarah,ayat 156).kemungkinan dengan kesabaran itu,Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana semuanya bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.

3.MENENANGKAN LIDAH DAN BADAN
menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan . umat islam tidak dibenarkan melampau  dalam menzahirkan kesedihan  ketika ditimpa sebarang musibah .ia dikhuatiri mendatangkan  perasaan tidak puas hati  dengan  ketentuan Allah SWT ataupun musuh bergembira melihat kesedihan kesan musibah yang kita hadapi.


4. ORANG YANG BERTAKWA  BERUSAHA MENYEMBUNYIKAN MUSIBAH
cendekiawan islam dan orang yang bertakwa berusaha menyembunyikan musibah.mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima.gembira dan reda secara "syarie) bukan secara "tabil" kerana tabiat manusia,sudah tentu tidak menyukai musibah.\
daripada jabir bin abdullah r,a berkata"Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah ummu saib maka bertanya baginda:sakit apa kamu sampai menggigil begitu?jawab ummu  saib;Demam! Allah SWT tidak memberi berkat dengannya.
lantas baginda bersabda lagi."janganlah kamu menyalahkan penyakit kerana penyakit itu  dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa) anak adam,seperti halnya dapur tukang  besi membersihkan karat-karat besi(jabir bin abdullah)


5. BERDOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T =)
berdoa dan bertawakal kepada allah swt,semoga nusibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik,lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT,lebih menjaga syariat,lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.bersabarlah dan jangan mengeluh.!

Hearts, ainkingleys.blogsport.com


Terima Kasih Kerana Membaca

♥ Past / Future ♥